PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan

Sebagai salah sebuah Penguasa Tempatan Negeri Sabah Khasnya Majlis Daerah Nabawan, kami akan senantiasa mengamalkan perkhidmatan-perkhidmatan bertimbang rasa dan bertanggungjawab. Oleh itu kami akan melaksanakan piagam-piagam pelanggan seperti berikut:

Perkihidmatan kaunter yang mesra dan berkesabaran dan akan di buka pada tiap hari bekerja diantara jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 tengahari dan jam 2.15 hingga 4.00 petang.

Melayan semua aduan-aduan melalui persendirian terus kepada Penolong Pegawai Pengatkuasa (selaku Pegawai Aduan Awam) atau telefon (Hotline) 087-366194 . Semua aduan akan disiasat dalam tempoh 24 jam masa pejabat.

Memproses dan melulus lesen-lesen jiks semua dokumen-dokumen dan kehendak-kehendak dalam peraturan dipenuhi:

a) Menjaja

i) Kawasan yang diluluskan -dua (2) minggu

ii) Diluar kawasan yang diluluskan -lapan (8) minggu

b) Restoran/Kedai Kopi (Premis yang di luluskan) -dua(2) minggu

c) Kedai gunting/Saloon Persolekan -lapan (8) minggu

d) Lesen/Perniagaan untuk memproses -dua (2) minggu


Pemungutan Sampah Sarap:

a) Kawasan Perumahan dan Hospital -dua (2) kali seminggu

b) Kawasan Perumahan (Luar perkadaran) -dua (2) kali seminggu


Memproses dan meluluskan pelan pembangunan tertakluk kepada semua Dokumen-dokumen yang diperlukan lengkap dan dipenuhi.- enam belas (16) minggu.


Memproses dan meluluskan pelan pembangunan tertakluk kepada kehendak- kehendak jabatan-jabatan penasihat dipenuhi.-(agensi teknikal) sepuluh (10) minggu.

Pembaikan dan pembersihan longkang - sebulan sekali.

Pembersihan pekan-pekan ,tamu-tamu dan kakilima - sebulan sekali.

Pemotongan rumput di ruang-ruang kosong dan tepi-tepi jalan dalam jagaan Majlis - dua (2) kali sebulan.

Pembaikan lampu-lampu jalanraya ke kawaasan-kawasan yang strategik akan dibuat dengan serta merta di mana kawasan-kawasan yang lain akan dibuat dalam jagaan Majlis.

Pembaikan dan “upgrading” jalan-jalan Majlis akan dilaksanakan setiap tahun tertakluk kepada adanya peruntukan.

Memproses penukaran penggunaan kawasan tanah (rezoning) tertakluk kepada kehendak-kehendak peraturan dipenuhi oleh pemohon, kelulusan dapat diberi pada kebiasaanya dalam tempoh enam(6) bulan.

Pembaikan kecil bangunan-bangunan Majlis yang telah disewakan akan dibuat dalam tempoh dua (3) minggu kecuali pengubahsuaian dalam tempoh lapan minggu.

Permohonan-permohonan projek pembangunan akan dikemukakan kepada pihak atasan sebelum Mac pada tiap-tiap tahun untuk mendapatkan kelulusan peruntukan bagi tahun yang akan datang.

Permohonan sijil menduduki bangunan, tertakluk kepada semua kehendak-kehendak dipenuhi secara teratur maka pengeluaran sijil dapat dibuat dalam masa tiga (1) hari.

Penyelenggaraan keindahan pekan akan dibuat setiap hari kecuali musim hujan. Kawasan yang kurang strtegik akan dibuat sebulan sekali.

Kelulusan permohonan pengangkutan sampah boleh dikeluarkan dalam masa dua (1) minggu.

Memproses pembaharuan lesen perniagaan satu (1) minggu.

Pembayaran-pembayaran kepada perlaksaan projek bagi projek-projek melalui kementerian-lapan (8) minggu, bagi projek-projek yang dikelolahkan oleh Majlis-tujuh (7) hari.